Tuesday, April 29, 2014

Fenomena Tudung di Malaysia

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allahumma solli 'ala sayyidina wa maulaana Muhammad.

Minggu lepas saya ke pasar Siti Khadijah, di Kota Bharu. Sambil bawa kawan dari Terengganu jalan2 beli barang. Seperti kebiasaannya, saya hanya "window shopping". Jarang nak berbelanja melainkan betul2 atas keperluan dan betul2 berkehendak. Tambah2 duit tiada, semuanya atas ihsan ayah dan ibu.

Entri kali ini berkaitan 'fenomena tudung di Malaysia'.
Seingat saya, dari zaman sekolah rendah, tudung yang mula-mula menjadi fenomena dalam kalangan wanita muslimah adalah TUDUNG BAWAL. Masa tu rasanya tiada lagi inner macam sekarang. Jadi bila pakai pasti akan nampak jarang. Semoga Allah ampunkan dosa pada ketika itu. Kemudiannya timbul TUDUNG WARDINA, semua pun beralih ke tudung tersebut. Tak sampai beberapa ketika, umpama kata kehangatan tudung wardina tak hilang lagi, dah keluar tudung2 lainnya. Tudunglah yang saya kira paling CEPAT proses pertumbuhannya, sehinggakan tak sempat kenal yang ini, dah keluar yang baru. Hampir tiap tahun keluar trend baru, nama baru, corak yang baru dan juga cara pemakaian yang mungkin berbeza dengan tudung bawal zaman dulu-dulu.

Persoalannya adalah, apapun tudung yang kita pakai hari ini, adakah telah pun memenuhi syarat tudung yang di gariskan syarak? Perhati. Perhalusi. Setiap benda ada syaratnya, sama juga dengan berpakaian,bertudung. Itu indahnya islam. Ada panduan, ada batasan. Jadi saya terpanggil untuk membantu semua muslimah di luar sana untuk check, repair and upgrade cara pemakaian tudung kita.

Di bawah ini saya sertakan 1 gambar yang saya kira boleh membantu.

Muslimah yang dikasihi,
saya sendiri berpendapat, alangkah indahnya jika hidup bersyariat. Terjaga dan terpelihara. Bukankah tudung(hijab) itu sebagai pelindung? Pakailah apa sahaja, andai bertepatan dengan tuntutan syariat, maka insyaAllah ALLAH suka dan redha. Saya bukan anti fashion, fitrah wanita memang suka benda cantik. Saya suka juga tengok shawl labuh di internet, tapi di hati tetap tudung yang 1 inilah. Alhamdulillah. Pakailah apa jenis tudung sekalipun tapi biar LULUS 4 syarat ini;
1 - Labuhnya melebihi dada.
2 - Tidak jarang sehingga nampak belah dalam
3 - Fabrik tidak melekat sehingga nampak bentuk telinga dan bahu ( dalam konteks ini, bentuk kepala wanita itu dimaafkan syarak sebab memang tidak dapat disenbunyikan bentuknya)
4 - Tidak berlebih dari segi warna dan coraknya (labuci2 atau brooch)

Perhati 4 syarat ini, maka insyaAllah tudung yang anda pakai sekarang ini sempurna. Mudah bukan? :)

Ada hikmah, ada sebab musabbab bila ISLAM letak panduan dalam berpakaian dan berhijab. Satunya untuk melindungi wanita ISLAM itu sendiri. Na, sayangnya ALLAH dan RASULULLAH pada kita. :')

Jom perbaiki. Semoga mampu untuk istiqamah berpakaian ikut syariat dan menyebarkannya.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad


Posted via Blogaway

Monday, April 28, 2014

Saya Muslimah.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Al-Amin, Muhammad Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Sudah berselawat hari ini?
Luangkan sedikit masa.  Demi  syafa’at yang di idam-idamkan. Sollu alan nabiy.
“ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA ‘ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD”

Alhamdulillah. Perbanyakkanlah selawat buat junjungan Nabi Saw, pasti akan dimuliakan untuk mendapat peluang melihat wajah baginda sallallahu ‘alaihi wasallam kelak. “Perbanyakkan” yang paling sedikit adalah 300 kali pagi dan 300 kali petang. Itu amanat habiibuna Ali al- Jufri Hafizahullah. Malu rasa. Kita nak dapat 10 pagi 10 petang pun payah. Tapi bila ditanya siapa KASIH pada Rasulullah? Siapa RINDU pada Rasulullah? Kita tanpa ada rasa malu, berkata “ya”. Memalukan. Sangat.

Entri kali ini saya kira rentetan beberapa peristiwa yang berlaku belakangan ini.
Tentang isu muslimah.

Saya bukanlah orang yang arif. Bahkan apa yang telah sekian lama saya perkatakan, yang bakal saya perkatakan mungkin tidak benar dan langsung tidak memberi manfaat. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Apa gunanya pengorbanan masa, wang dan kerahan idea sekiranya seorang pun manusia tidak mampu mendapat apa-apa kebaikan? Hatta seekor ulat kecil juga mampu memberikan sutera pada manusia, ini pula kita? Yang Allah angkat darjatnya setinggi-tingginya jika dibanding dengan makhluk lainnya. Allahurabbi.

Tadi sempat scroll down facebook. Hampir seminggu tidak online. Terlalu banyak news feed yang terlepas. Sepintas lalu, isu yang sama. Isu muslimah. Tentang muslimah dengan “masalah” niqabnya. Dan beberapa isu lain. Saya kira kesempatan ini perlu untuk saya berkongsi tentang isu ini. Isu ini mudah, mengapa perlu menyukarkannya?

Muslimah dan niqab.
Apa isunya?
Isunya , muslimah makin rancak mengupload gambar mereka mengenakan niqab atau bertudung labuh di laman social.
Ramai yang mengeluarkan status “menolak” perbuatan ini dengan bermacam ayat dan pernyataan. Ada yang panas, ada yang dingin. Saya faham bendanya apa.

=)
Kenal tak dengan Al Habib Ali Zaenal Abidin Al- hamid?
Beliau pernah berkata, “Carilah pintu kelemahan kamu dan tutupkan pintu itu, jangan bagi syaitan masuk menipu daya dan mengawal hawa nafsumu”
Na! Muslimah di luar sana, andai ada di antara kalian terbaca entri ini, fahamilah dan panjangkanlah pada sahabat-sahabatmu yang lain. Saya tak minta nama saya di caption sama. Tidak perlu. Cukup perkongsiannya dan apa-apa sahaja dari ruangan ini yang bermanfa’at. Tidak sekali saya mengejar nama dan penghargaan. Saya juga miliki hati. Hormati hati saya.

Muslimah khasnya para pembawa imej ISLAM, imej ajaran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, tolonglah. Hentikanlah mengupload gambarmu di media social. Bukan saya dengki. Saya juga ada kamera, ada facebook. Bendanya mudah, sambil duduk pun kita boleh snap 1 gambar kemudian upload. Benda mudah, tak perlukan tenaga yang banyak. Bahkan dengan kelonggaran ini, ramai sekali yang tertipu. Katanya demi DAKWAH. 

Adakah DAKWAH itu hanya dikira DAKWAH jika bersama gambar kita berpakaian menjaga aurat di laman social? Sepatah kata yang baik dan memberi manfa’at itu jauh terlebih baik untuk menjadi satu dakwah kepada semua.

Orang memandangmu sebagai pembawa imej ISLAM. Jangan rosakkannya. Bukanlah haram meletak gambar. Semua pun tahu. Tapi TIDAK ELOK kiranya mem’pamer’kan dirimu. Bukankah menutup kita asalnya menutup dari SEGALA ruangan FITNAH? Kalau sampai ada di laman social, apakah masih dikira tertutup? Perhalusi.

TAQWA itu ada pada hati. Hati orang yang bertaqwa sangat memperhalusi setiap perkara. Hatta satu gambar kecilnya yang di upload tanpa pengetahuannya sangat dia bimbangi, sangat dia tidak senang.

Ayuh, kembali perbetulkan. BENDA ini kita jarang ambil kisah.
“alah, bukan gambar menunjuk aurat, saya letak gambar tertutup”
“alah, satu sahaja, bukannya banyak pun, lagipula kecil”
“manalah tahu dengan gambar ini ramai yang akan terbuka hati menutup aurat seperti saya’

Manusia memang sifatnya beralasan.
Alhamdulillah, kamu terpilih dalam kalangan semua yang masih tidak menutup aurat. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Tapi jangan lupa, JANGAN sesekali lupa pada sejarah. Berapa ramai manusia yang Allah kurniakan hidayah pada hati mereka, sampai satu  masa, Allah tarik. Penarikan itu bukan hanya bila yang dulunya tertutup sekarang terbuka, tapi ada antaranya yang dulunya faqih,’alim  tapi akhirnya jadi pembawa fitnah pada agama ISLAM. Allahurabbi. Semoga dijauhkan.

Saya menasihat, bukan kerana benci. Tapi kerana kasih pada kalian. Yang tidak mampu untuk saya katakan depan- depan pada kalian, lalu saya “abadikan” pada satu entri. Yang mungkin hanya seorang sahaja membaca, mungkin tiada.

Bagaimana pula dengan muslimah lain? Yang mengupload gambar tidak menutup aurat mereka? Takkan niqabis saja yang terkena?
Jawabnya. SEMUA. Saya tidak kasih pada para niqabis saja. Saya kasih pada semua. Hentikan ya?

Ini akhir zaman, fitnah sedasyat-dasyatnya akan berlaku pada zaman penghabisan ini. Dan antara pengikut al- masih Dajjal adalah dari kalangan wanita. Jangan pandang remeh. Ini bukan isu main-main.

Saya juga sama seperti anda. Sedang memperbaiki. Sedang memperhalusi. insyaAllah semoga Allah memudahkan urusan ini. Maaf andai entri ini tidak saya susun dengan sebaiknya, tidak saya nyatakan dengan penggunaan bahasa sepatutnya. Maaf saya dahulukan. Sebelum menutup entri, sekali lagi. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad


Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Saturday, April 5, 2014

Petua :)

Bismillahirrahmanirahim.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah Ta'ala dengan segala nikmat dan kurniaanNya.

Hari ini saya nak berkongsi 1 petua. Hurm. Sebenarnya saya bukanlah pengamal tegar petua orang lama. Saya tidaklah berapa bersungguh bila bercakap perihal kecantikan kulit dan sebagainya. Bagi saya, cukup dengan mencuci muka, dan sapu bedak talkum sikit pun dah memadai. Alhamdulillah.

Pernah dengar rawatan kulit menggunakan telur ayam? Kebiasaannya putih telur sahaja yang Famous bila bercakap tentang petua ini. Tapi hari ini saya nak guna keduanya sekali. InsyaAllah. Dengan izin Allah. Sekali lagi, DENGAN IZIN ALLAH, insyaAllah akan menjadi.

ambil 1 biji telur ayam.
Kemudian asingkan kuning dan putih.
Saya ambil yang putih sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk kecil lain. Begitu juga yang kuning.
Yang balance, kita boleh guna untuk masak. (Maknanya makan hari tu dengan telur. Yummy!)
Kemudian pukul sedikit telur putih sampai berbuih sedikit. Dan sapu ke seluruh bahagian muka. Tunggu sampai agak kering kemudian bilas. La muka dengan tuala. Next, sapu telur kuning dan tunggu kering sedikit. Bilas dan lapkan muka. SEBELUM itu, saya terlupa. Selawatlah pada Nabi saw setiap kali nak buat sesuatu urusan atau perkara. Baca Basmalah. InsyaAllah dengan izin Allah akan berhasil.

Kena ingat, kita amalkan satu-satu petua kecantikan umpamanya BUKAN sebab nak tunjuk cantiknya kita, putihnya kita, tapi nak JAGA anugerah Allah baik-baik. NIAT kena jaga.

Dan paling penting JANGAN membazir. Telur tadi kita guna SEDIKIT sahaja. Jangan berlebih lebihan.

Boleh amal seminggu sekali. Kalau "rajin". Bagi saya, nak mulakan sesuatu senang, bila ada kemahuan. Tapi nak kekal ISTIQAMAH itu yang susahnya.

Setiap perkara yang dicipta Allah berguna dan bermanfaat pada kita.
Allah Taala tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Remember that! :)


Posted via Blogaway

Saturday, March 29, 2014

Aku ingin berniqab

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat semua?

Semoga diberi kesihatan yang baik dan bersemangat untuk beribadah dan berdakwah.

"Bila Allah sayang kita, Allah akan datangkan ramai orang2 soleh dalam hidup, tak kiralah dia menjadi sahabat atau datang sebagai penasihat"

Dia hadiahkan saya niqab. Cantik. Satu warna hitam, satu lagi 'blueblack'.. Alhamdulillah. Saya SUKA. Semoga Allah tambahkan rezekimu.

2 sahabat saya dah berniqab. Saya bila lagi? Tak keruan rasa hati. Meronta2 ingin memberitahu ibu yang saya nak berniqab. Tapi kekuatan tidak ada. Bimbang ibu kata "tidak", maka lukalah sekeping hati.

Ada orang, mudah jalannya Allah bagi. Family support, sahabat bagi semangat.
Ada orang sahabat ada, tapi family tidak supportive.
Ada orang family menasihat, tapi sahabat penguat tiada.
Ada orang semua ada, tapi kita yang tidak mahu.

Saya dimana?
Niat nak mengenakan kain sehelai di wajah lama dah terpasang. Dalam tempoh itu saya mencari jawapan, menggali kekuatan. Allah uji bermacam2. Benarlah. Jalan mujahadah Allah tak hampar permaidani indah, tapi 1 jalan yang SANGAT susah. "Halangan" keluarga, "persepsi" masyarakat. Boleh saja kalau saya nak pekakkan telinga butakan mata. Buat saja apa yang saya nak dan rasa betul. Tapi mengota tidak semudah mengata.

Bila berada di jalan dakwah, HATI mereka sangat penting.
Hati mereka dan mereka itu perlu dijaga dan dibawa kemana sahaja.

Adakala terdetik pada hati..
'apa mereka perlu melihat penampilanku dari menerima apa yang aku nak sampaikan?'

Tanya hati. Apa engkau Fatimah, menerima mereka dengan penampilan mereka dalam menjalan dakwahmu?

Pahit ditelan. Susah bukan mengakui kesilapan?

"Kalau kita ikhlas, orang tak kisah pun penampilan kita, yang mereka dahagakan adalah nasihat berguna"

Sentap.

Allah. Susah rupanya menyemai rasa ikhlas dalam berdakwah.

Tentang niqab, saya kira itu atas keperluan dan maslahah ummah. Buat masa sekarang, saya hold dulu. Nanti, insyaAllah. Saya nak. Sangat.


Posted via Blogaway

Sana yang menyakitkan

Bismillahirrahmanirrahim

Lama rasanya tidak singgah di sini. Bukan kerana kekangan masa, tapi kekangan untuk mendapatkan wifi "percuma". Alhamdulillah, hari ini terpanggil untuk mencari app blog di playstore. Jumpa 1, harapnya nanti senanglah nak update. Orang yang banyak benda dalam kepalanya macam saya ni, kalau tak di letak dalam blog, nanti 'bersepah' di facebook dan instagram.
Apa khabar hati?
Apa khabar iman?
Masih 'sihat'kah en nafsu?
Tadi ke pameran orkid di bandar. Teman sahabat. Dia nak balik negerinya esok. Ini mungkin pertemuan terakhir. Alhamdulillah. Sekadar jalan2, pusing2 bandar.
Pertama kali mengenakan niqab di luar. I'm not niqabis. But trying really hard to understand what a niqabis should do. InsyaAllah. Niat "perlu" ada. Pakai atau tidak dikemudiannya itu atas kesungguhan dan keinginan kita.
Berjalan di sekitar pameran dengan sehelai kain di wajah bagi saya satu pengalaman baru. Mata2 sekeliling banyak memerhati. Seumpama tidak berpakaian pula rasanya. Pelik dunia sekarang. Penghuninya yang pelik. Bila melihat orang2 memakai sehelai kain hitam di muka, atau sehelai tudung besar di kepala menjadi bagai satu 'kesalahan'. Sedang yang terbuka tidak pula dihiraukan. Terdengar bisik2 kata dari beberapa lelaki yang saya lepasi.
Ya. Feedback positif. Tapi saya tidak senang. Mata yang memandang, bahkan disertakan "pujian" itu sangat saya merasa sakitnya berada dalam keramaian.
"Nilah yang betul2 faham" , "saya berkenanlah dengan yang tutup muka"
itu salah satu ayat mereka. Astaghfirullah..
Apa yang mereka faham tentang "faham" dalam berpakaian mengikut syariat? Saya rasa mereka tidak cukup "faham". Mengapa perlu di'tegur' orang yang nak laksanakan syariat sedang Allah kata "tundukkan pandangan"?  Bukan menghalang mata melihat. Saya juga melihat. Tapi bukan ditempatnya untuk berkata begitu. Lantang bersuara. Bukan pada tempatnya.

Benarlah kata sebilangan mereka, orang yang nak berhijrah di jalan Allah PASTI besar ujian dan dugaan pada mereka. Bukan sekadar mempedulikan apa kata manusia. Lagipula kita bukan mencari "pandangan" manusia. Cuma "mereka" itu boleh menjadi "asbab" untuk kita dapat dosa, atau himpun pahala.

Serious sangat terkesan.

Hmm.. entri ini memulakan entri2 lanjutan. InsyaAllah. Semoga mendapat hidayah dan taufiq Allah, mampu memperbaiki gaya penulisan dan penyampaian saya.


Posted via Blogaway

Thursday, December 12, 2013

Pesan yang indah buat pemilik gelaran ‘muslimah’


Apabila ‘menutup’ untuk ‘mendedahkan’.





Apa yang kita faham dari ayat ini?
Barangkali ada yang mentafsirkan ia berkenaan aurat.
Bahkan mungkin ada yang mentafsirkan ia sedikit meluas, iaitu berkenaan muslimah.
Dan saya, mentafsirkan ia berkenaan aurat dan muslimah.

“Muslimah dan aurat” umpama “rumah dan bumbung”
Bayangkan sebuah rumah yang cantik dalamnya, ada semua perabot yang mahal dan menarik, lengkap dengan segala keperluan, tapi tidak berbumbung. Apakah ia dinamakan rumah yang sempurna?
Kesempurnaan sebuah rumah itu tidak dinilai dari bahan mahal apakah ia didirikan. Tapi sempurnanya ia bila lengkap segala keperluan asasi hidup manusia.
Rumah haruslah mempunyai dinding walaupun sekadar kayu papan,

Haruslah mempunyai lantai walaupun sekadar tanah rata,


Haruslah mempunyai bumbung walaupun sekadar atap rumbia yang diikat rapi.

Umpama seorang muslimah. Miliki segala kesempurnaan penciptaan, namun tidak menutup segala kesempurnaan anugerah Allah itu. Apakah kita layak menggelar diri kita muslimah?
Bukankah Allah menyebut dalam Surah Al-Ahzab ayat 59,


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar): cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”


Dari kecil, dah berapa kali kita khatam Al-Quran. Saya rasa paling tidak, disekolah menengah tidak dapat tidak sekali khatam.


Diulang-ulang ayat yang sama, tapi mungkinkah ia hanya menjadi sekadar 1 ayat? Tanpa kita menjadikannya iktibar?
Dilema yang tidak berpenghujung.

“Tak naklah pakai baju besar, tudung labuh nanti orang panggil ustazah,malulah”

“Maaflah, kain sekarang mahalla, nak jahit baju besar-besar, nanti guna banyak duit”

“Maaflah, Malaysia ni Negara panas, kalau pakai baju besar nanti tambah panas”

…Mencari alasan itu mudah,kerana katakan saja yang kita sebenarnya memang menolak suruhan Allah…

Mungkin ada yang akan menjawab,”Hidayahkan milik Allah, kita tidak boleh memaksa orang untuk berubah”

Saya hairan.

Kalaulah semua yang kita jumpa memanggil kita dengan panggilan ‘ustazah’, mengapa tidak amin kan saja? Bukankah ia satu doa?

Bukanlah menjadi syarat wajib bila nak buat baju longgar sedikit, kita perlu beli kain yang mahal. Tipulah kalau semurah-murah kain di Malaysia ini tidak ada yang berharga RM5 semeter. Di negeri saya, ada je harga tak sampai RM 5 semeter. Kita bukannya perlukan 10 meter pun untuk buat 1 baju. Biasanya 4 meter, 5 meter dah cukup. Memadai.

Kalau Negara cuaca panas menjadi alasan, siapa kata bila membuka aurat tubuh kita tidak merasa bahang panasnya cuaca di Malaysia. Truly speaking, memakai yang longgar dan menutup aurat tidak membuatkan si pemakai terseksa pun dengan cuaca yang panas. Malah lagi selesa. Tak percaya? Cubalah..


Dan kalau di katakan hidayah itu milik Allah, bukankah bila kita diperkenalkan apa itu ISLAM, Allah telahpun memberi hidayah pada hati-hati kita? Apa mungkin akan masuk cahaya matahari pada rumah yang tertutup rapi, tidak terbuka sedikitpun tingkap, tidak ada sedikit pun lubang? Tidak akan.

Begitu juga hidayah. Bila kita yang menolak sekerasnya, mana mungkin hidayah Allah datang berulang-ulang kali?
Jangan kita tergolong dalam kalangan mereka yang telahpun mebuatkan hidayah Allah berlalu pergi tidak menyapa.

Wahai sahabat muslimah yang dikasihi kerana Allah.


Adakah telah terlambat jika hari ini kita masih dalam kejahilan?

Tidak.. Allah tidak pernah mengatakan kita telah terlambat untuk berada di jalan redhaNya.

Aku masih berbaju ketat, aku masih bertudung singkat, aku masih berkata buruk, aku masih tidak cukup solat, aku masih bersama mereka yang lalai dariMu..


Masih punya ruang dan waktu..
Tidak pernah terlambat untuk kembali pada Allah..


Hasil dan usaha adalah 2 perkara yang berbeza.

Kita yang menanam belum tentu sempat mengutip hasil, tapi sekurangnya kita menanam bukan?
Daripada membiarkan tanah ladang milik kita dihuni haiwan perosak dan lalang rerumput tumbuh meliar tanpa izin..

Jalan untuk kembali pada Allah masih luas terbentang. Jangan rasa segan untuk melaluinya, jangan rasa tidak layak untuk berubah.

Allah tidak menilai masa silammu, tapi siapa kamu hari ini dan siapa kah kamu pada masa hadapan..

Abaikan saja tohmahan mereka, tidak akan pernah tertutup bicara orang yang bisu dari kebenaran.

Bila kita jatuh tersungkur, apakah mereka ada untuk menyambut tangan kita untuk kembali bangun?

Tidak ada. Bukankah hidup ini hanyalah antara kita dengan Allah?

Wahai sahabat muslimah yang saya kasihi, sangat kasihi kerana Allah.

Berubahlah…

Berhjrahlah…

Kerana kasih ini, saya menyeru kalian dan saya juga untuk terus mencari keredhaan Allah..


























Tuesday, June 25, 2013

Saat kerinduan menyapa


Bismillahirrahmanirrahim...

Dirancang segala urusan, namun jawapannya ada pada Allah.

Saat bahu lemah menggalas amanah, tiada tempat untuk berkongsi kisah, pada sejadah usang juga wajah di hadap, menuju Allah..

Zohor tadi, usai solat jemaah, aku duduk bertelaku di sejadah. Seketika. Rasa tenang sang hati saat itu.

Ku tinggalkan lelah dikejar urusan dunia seketika.

Pesan pada diri, jangan gopoh saat menghadap Allah. Kita bukan berurusan dengan manusia.
Dengan manusia kita menjaga adab, apatahlagi jika dengan Allah. Lebih-lebih lagi.

Biar ada sopan,
biar ada tertib,
biar ada tenang.

Seketika, mataku terpandang pada sebatang tubuh di hadapan.
Lama sujudnya.
Dia rindu pada TuhanNya.
Sujud lamanya buat aku cemburu pada dia. 
Membuat aku mengerti, dia banyak berbicara dengan TuhanNya. 

Kerinduan itu membuatkan dia menjadi pendiam.
Diam tatkala suasana keramaian.
Berbicara saat diperlukan.

Aku cemburu padamu sahabat.







Satu mesej masuk ke inbox.
"Tim, semalam saya mimpi awak pakai niqab"

Tersentak sang hati membacanya. Sebak rasa dada.
Allahu Allah. 
Itu impianku. 
Itu keinginanku. 
Aku berharap adanya ISTIQAMAH padaku.

Ia cuma berkenaan MASA.
Membiarkan MASA berputar menentukannya.

Aku bagitahu Allah apa rasaku.
Apa keinginanku.
Kerana aku yakin Dia mendengar setiap perbicaraanku.

Allah, kuatkan aku saat lemah mula menjengah.
Saat hati dirobek pecah.
Allah, hapuskan kesedihan hambaMu ini dan segala kesedihan sahabat-sahabat yang membaca entri ini.
Amiin ya rabbal 'alamiin.

Saturday, June 22, 2013

Al-Baqarah sebagai penawar

Bismillah.

Masih berpeluang untuk entri kali ini.
Semoga mendapat manfa'at darinya.Ianya bukanlah apa-apa, cukup seandainya ada yang boleh memberi kebaikan walaupun hanya sebaris ayat.

Cepat sungguh masa berlalu.
Tak puas lagi rasanya untuk bersama mereka menikmati sisa-sisa masa.Entah bila lagi Allah akan temukan kami.

Mungkin pada medan perjuangan yang sama, namun tanpa kalian. Ia teramat menyakitkan.
Berkira-kira, memerhati segenap ruang di kampus.
Sayu sang hati.

Ukhuwwah disuntik ujian berkali-kali.
Entah apa kesudahannya lagi.

Mencari-cari penawar sang hati.
Remuk ia ditinggal sepi.
Allah memberi penawar untukku usai solat maghrib tadi.

Ku baca sisipan surah Baqarah berkali-kali.
Ku tatap sehingga bergenang si manja tanpa sedar.
Lelah ini, sedih ini adakah dilihat Allah?
Ya. Allah memandangmu.
Allah melihatmu.

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
Al-Baqarah : 153

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
Al-Baqarah : 155

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Al-Baqarah : 156



Kita bukan tidak pernah di uji.
Bukankah hidup sememangnya untuk diuji?
Dan Allah mencari siapa yang paling bertaqwa padaNya.

Tidak ada 1 pun daun gugur tanpa pengetahuan Allah.
Inikan kita hambaNya.
Sedih jangan lama-lama. Memujuk hati.
Macamlah kita tidak ada Allah.
Kitakan ada Dia.
Ada Dia.

Maka serahkan padaNya.

Friday, June 21, 2013

Moga bertemu REDHANYA

Bismillah..
Pagi ini, tenang sekali.
Sejuk pagi mencengkam ke seluruh tubuh.

Alhamdulillah.
Syukur pada Allah Ta'ala yang masih memberikan kita peluang untuk hari ini.

Awali hari ini dengan mengingati Allah. Itu tanda ke arah keberkatan hidup.
Cantik pemandangan bukit pagi ini.
Seakan memberi khabaran ia pagi terakhir untuk menikmati semua ini.

Ditahan sebak di hati.
Semua ini bakal ditinggalkan.
Sahabat-sahabat.
Semua yang pernah mencipta secebis memori untuk disimpan.

Hati ini bagai dicarik rasa pilu.
Betapa perit untuk memisahkan jasad-jasad ini, mungkin untuk selamanya.
Entah kemana fikiran ini menerawang.
Entah kemana hati ini menghilang.Jauh.
Pertemuan ini satu 'hadiah' dari Allah.
Dari situ kita di didik rasa SABAR.Dari situ kita di didik rasa REDHA.

Acap kali kita menyiakannya.
Perpisahan ini satu khabaran dan peringatan dari Allah.
Mengajar erti TABAH saat perlu bergelut dengan LARA sang hati.Yang bertemu perlu berpisah.

Saat dipisah ROH dari JASAD seorang hamba, maka terputuslah segala yang ada padanya.

Ia khabaran yang semua dalam tangan pada saat ini akan dilepaskan.
Bila keadaan menuntut kita untuk melepaskan, maka lepaskanlah.
Allah akan ganti dengan kegembiraan lain.



Allah mendidik.
Allah mengingatkan.

Pertemuan singkat ini seperti hidup di dunia.
Bila tiba saatnya pulang bertemu Allah, maka tiada lagi dunia dan seisinya.

Barangkali kita terlupa.
Yang ianya hanya 1 pinjaman buat kita.

Tiada yang kekal melainkan Sang Pencipta.
Hanya Allah.

7.59 pagi.
Suasana kampus masih sunyi.Sesekali ada yang lalu. Mungkin mereka sepertiku.
Mencari ruang.
Ruang membentuk semula sekeping hati.

Ada waktu dan ketika, sekeping hati itu akan HILANG.
Sehinggalah Allah menariknya kembali untuk dikembalikan padaNYA.
Saat itu, seperti diberi HATI yang baru.
Yang lebih tenang.

InsyaAllah.
Moga bertemu REDHANYA.





Wednesday, June 19, 2013

Marah seperti bom jangka


Manusia itu dicipta dengan berbagai emosi dan perasaan. Sifatnya lemah dan mudah berputus asa. 
Saat dilanda ujian, manusia cepat sekali menobatkan emosi kekecewaannya di tempat teratas. 


Kita akan marah tak tentu pasal. Semua barang habis diterajang. Semua perkataan tertembak keluar. 
Seakan menidakkan ujian itu dari Allah ta’ala.

Masih ingat pada Surah Ali-Imran?

Ayat 139.
Allah Ta’ala berfirman,

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman”

Bukan Allah tidak tahu hamba yang di ciptaNya. Bahkan Allah Maha Tahu. Dia tahu hambanya akan sentiasa merasa lemah. Akan sentiasa bersedih hati,bermuram durja.

Kasih Allah tiada gantinya. Lalu Dia turunkan sebaris ayat yang pastinya mengubat hati hambaNya. Menjadi penawar si penduka setia. Turun membawa berita gembira pada janji TuhanNya.

Kita yang lupa. Kita yang alpa.

Quran jarang sekali dibuka. Jauh sekali mentadabburnya.

Malu pada setiap makhluk tidak bernyawa. Saat-saat yang tidak terisi melainkan dengan Tasbih memuji TuhanNya, tahmid mensyukuri nikmatNya, Takbir membesarkanNya.

Kenapa entri kali ini bertajuk ‘bom jangka’? 




Bom jangka, Cuma menanti saat untuk meletup. Memusnahkan sekalian kelilingnya.

Manusia saat emosi marahnya menebal dalam jiwa, ia seperti bom jangka. Sedikit tercuit, silap terpotong, pasti akan meletup.

Sebab itu Nabi saw pesan. JANGAN MARAH.

Usah dipandang pada keadaan saat marah dihamparkan, tapi lihat hasil dari tindakan kemarahan itu.

Mungkin ada yang terluka. Bahkan pastinya akan ada yang kecewa.

Namun manusia itu sifatnya lupa. Lupa dengan ayat-ayat Allah. Lupa pada peringatan Nabi Saw.

Tanya diri.

Bila kali terakhir kita menyentuh Al-Quran?

Barangkali ia dihuni habuk-habuk dalam almari?

Atau dijadikan rumah serangga-serangga kecil?

Bila kali terakhir membacanya?

Bila? Dan bila?

Allahu rabbi.

Adakah membacanya bermusim? Tatkala Ramadhan berkunjung, maka senaskhah itu habis dikhatam dalam masa sebulan.

Malu pada Allah.

Tanya lagi pada diri.
Adakah kita sekadar membaca? Tidak mengambil apa yang diperkatakan dalam setiap ayat-ayat itu?

Pastinya kita akan terdiam. Terdiam kerana itu kita. Kita yang sekadar membaca, membaca dan membaca. Tidak ambil iktibar padanya.

Buktinya?
Berapa ramai yang membaca surah Al-Humazah namun masih terus-terusan mencerca, memaki dan mengumpat? 

Bukankah itu kita?

Berapa ramai yang membaca surah Al-Qiyamah namun masih leka dengan tawaran dunia?

Bukankah itu kita?

Benar. Itu kita.

Allahurabbi.
Allahu ghaffur.
Allahu ghaffur. 
Allahu ghaffur. 

Astaghfirullah. Saya yang menulis pasti akan Allah Tanya di akhirat. Pasti.

Tidak akan terlepas seorang anak adam dengan segala perbuatannya.
Kecil dibalas, besar dibalas. 

Kita butakan mata.
Kita pekakkan telinga. 
Kita bisukan mulut. 
Kita matikan hati. 

Allah memberi jawapan pada ayatnya dalam surah Ali- Imran,
Ayat 134
"Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Maafkan kesalahan insan.
Bimbang tidak terlepas dengan kita di dunia, bahkan masih ada yang tidak selesai dengan Allah di akhirat.








Tuesday, June 18, 2013

Hati yang rindu pada KEBAIKAN


Usai solat isya', seorang sahabat muslimin memulakan bicaranya.

Ali. Seorang yang terkenal dengan kepetahannya berbicara. Dikenali dengan ilmunya. Seorang naqib yang dikasihi adik-adik usrahnya.
Masbuk dan muafiq. 

Isu yang barangkali jarang kita perkatakan. Tekun mendengar penyampaiannya di balik tabir surau. Ilmu yang bermanfa'at. Alhamdulillah.

Getus sang hati,"Allah, banyak lagi yang aku tak tahu."




Malu pada semua yang ada.
Aku pandang semua jemaah.

Aku melihat bayangan tubuhku di balik pantulan cermin surau. Sehelai tudung labuh ungu yang tersarung di kepalaku. Apakah ia tidak menggambarkan apa-apa? Malu pada sehelai kain murah itu. Ilmuku sedikit cuma. Sangat sedikit. Yang sedikit itu masih tidak ku amalkan. Allah. Perihal masbuk Muafiq pun aku masih merangkak-rangkak. Apa lagi perihal lain. Allahurabbi.
Teringat pada sahabatku.. Banyak kali dia mengajakku menghabiskan cuti belajar di pondok. Dan setiap kali itulah aku menolak. Ada saja yang menjadi penghalangku. Niat di hati, tersangat ingin ke sana. 

Jaulah Haraki.

2 tahun lalu, aku mengikuti Jaulah Haraki. Kami ke Pondok Pasir Tumbuh.

Hatiku sangat tertarik untuk menjadi sebahagian dari mereka. Suka melihat adik-adik Muslimin berjubah berserban. Dan adik-adik Muslimat berjubah berpurdah. Sejuk hati dan mata pada siapapun yang memandang mereka.

Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya, biarpun kita tidak seperti mereka, biar ada sekelumit perasaan mengasihi bakal-bakal penghuni syurga itu. 

Didiklah sekeping hati agar sentiasa merindukan KEBAIKAN. Biarpun kita mungkin tidak melakukannya. 

Hari-hari kita pastinya terisi dengan dosa-dosa. 
Mohon pada Allah agar tunjukkan kita jalan kebenaran dan tsabat di jalan itu. Kena sentiasa minta dengan Allah untuk kekal dalam HIDAYAHNYA. 

Tersasar, itu pasti. 
Namun Allah Maha Pengampun. 
Jangan LEMAH andai tersasar. 
Cari Allah. Cari Allah. Cari Allah.



Masalah bertandang lagi. 
Jangan merasa penat mencari penyelesaiannya. 
Allah suruh kita SABAR. Allah suruh kita SOLAT. 
Dia akan bagi jalanNya. 



*Maafkan saya. Saya bukan sesiapa. Hanya insan kerdil, seringkali berbuat dosa. Yang berhasrat mencari REDHA TuhanNya.










Saturday, June 15, 2013

Ukhuwwah disuntik ujian

Lama membiarkan ruangan ini bersawang.

Tiada masa yang cukup untuk duduk memerah idea.

Hari-hari terakhir di kampus, perasaan menyimpan jutaan rasa.

Bersahaja meninggikan ego agar tidak tercalar emosi. Bimbang butiran jernih melimpah keluar.



Semalam sahabat datang. Bertemu mata. Katanya lama tidak bertemu.

Rindu.

Namun hasrat untuk duduk bersama seringkali dicantas kesibukan yang tidak tahu ke mana hala.

Banyak kisah yang terlepas.


Permasalahan UKHUWWAH yang kian TENAT.

Apa yang dilihat pada mata kasar pastinya tidak dapat menilai keadaan sebenar dibalik kisah nyata.

Banyak yang kami kongsikan. Meluah segala yang tersimpan sekian lama.


Bagaimana untuk bergerak kerja jika ukhuwwah punah?

Bukankah ukhuwwah itu 'catalyst' kepada DAKWAH?

Allah, apa yang kami faham,tidak kami amalkan.

Besar amanah kami.

Amanah sahabat-sahabat yang tidak tertunai.




Tidak akan teguh seutas rantai besi andai setiap butiran yang menyambung berkarat.

Tidak akan teguh sebuah rantaian perjuangan andai setiap dari kita bermasalah.

Saya tahu. Dan saya faham. Kerana saya juga sebahagian dari rantai yang berkarat itu.

Allahu Allah. Semoga Allah menjaga UKHUWWAH ini. 

Orang yang TAHU belum tentu FAHAM.

Dan orang yang FAHAM belum tentu BERAMAL. Barangkali kita orang yang mungkin TAHU tapi tidak FAHAM. Jauh sekali untuk BERAMAL.


Cebisan UKHUWWAH itu pasti akan sentiasa di suntik UJIAN.

Itu JANJI TUHAN pada kita.

Semoga Allah memperbaiki RANTAIAN KASIH yang tertaut ini.


Nasihati saya kerana saya perlukan nasihat seorang sahabat.





Sunday, June 2, 2013

Sang Mujahid

Bismillah..

Hadith nabi saw,

"“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

Entri kali ini bertajuk "Sang Mujahid"...
Siapakah sang mujahid yang dimaksudkan?
Tersenyum saya sepanjang proses menyiapkan entri ini. Barangkali ada yang berfikir,
"Ah, mujahid, mesti tentang muslimin...bla..bla"


benarkah ia tentang perihal sang adam?
...

Ini Mujahid yang saya maksudkan

                                               * saya pinjam gambar Mujahid ya, Umi *

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (semulajadi, bersih dan suci dari dosa), kemudian para ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada akan menjadi (beragama) Majusi, Yahudi, Nasrani (ataupun beriman kepada Allah)”..

Tengah hari tadi ke rumah Mujahid comel ni..
Kenduri kesyukuran dan bercukur dia..
Sejuk hati tengok si comel ni..
Tapi tak sempat cium dia.. semua pasti suka cium baby, bau-bauan ahli syurga :)
Semua start dukung dia, dah ada bakat dah semua. :)

Hati ini berbisik, 'Ya Allah, mudahkan urusan sahabat-sahabatku, dalam urusan jodoh dan keluarga mereka'

Jangan pernah rasa malas untuk mendoakan sahabat-sahabat..

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” 
(Riwayat Muslim)..

*jadi sesiapa yang nak cepat dapat jodoh, doakan semua sahabat sekeliling agar mereka dapat jodoh yang terbaik*
tersenyum lagi. Fatimah ni.. haish!

***

Tadi sempat singgah ke Tanah Merah.
Suatu masa dulu, saya pernah buat entri tentang masjid Tanah Merah yang sangat di rindui. 
ALHAMDULILLAH.
Hari ni adik-adik bawa kami solat zohor di sana.
Sangat gembira
Syukur pada Allah Ta'ala kerana mengabulkan keinginan hambaNya yang berdosa ni..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. 
(Shahih Muslim No.4832)

*Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu"

Yakin dengan Allah, DIA pasti akan kabulkan permintaan hambaNYa.
Cuma mungkin ia tertangguh seketika kerana masih belum masanya untuk ditunaikan.. Allah akan memberi saat kita benar-benar bersedia dan perlukannya..
Mungkin juga kerana dosa-dosa kita dengan Allah..
Lazimi istighfar, kerana itu dapat melapangkan rezeki..
insyaAllah..

Tak banyak kisah sang mujahid tapi semoga yang lainnya memberi manfa'at..
Jangan dilihat pada siapa yang menulis, mencoret ruangan ini, kerana saya bukanlah sesiapa.. 

Wallahuta'ala a'lam...





Thursday, May 30, 2013

Rindukah kita pada Jumaat?


Lama rasanya entri saya dirasakan seperti tidak memberi manfa'at pada semua. Entah apa yang saya coretkan. Banyak berkisar tentang permasalahan HATI yang tiada sudah dan akhirnya. Tinta basah dengan kunjungan air mata yang mungkin tiada nilainya di sisi Allah Ta'ala..


Coretan ini bukanlah apa-apa, bukan juga dari siapa-siapa, namun semoga perkongsian ini memberi kebaikan berpanjangan buat saya dan semua..
Semoga limpahan rahmat, kemuliaan, kasih sayang serta keampunan Allah swt sentiasa mengiringi perjalanan hari-hari dalam hidup kita, kedua ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat seluruhnya yang berada di dalam jagaan dan perlindungan Allah, serta sesiapa sahaja yang saya temui setiap hari dan waktu..


Perkongsian pagi ini, semoga Allah Ta'ala berkati..

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)






Orang beriman PASTInya merindui kedatangan penghulu segala hari, JUMAAT PENUH BARAQAH.. Persoalannya, adakah kita 'golongan beriman' itu?

Sabda Nabi sallallahu'alaihi wasallam,
“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
(Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) "
(HR Al Baihaqi)

Betapa MAHA PEMURAHNYA ALLAH TA'ALA, menawarkan kebaikan yang sangat hebat, dengan cara yang sangat mudah, BERSELAWAT..


Egokah kita untuk menolak tawaran ini?
Allahu, tidak bersyukurnya kita, lalainya hati-hati kita..

Manusia ini, banyak masalah hatinya, yang tidak akan terungkai jika HATI tiada ALLAH padanya..
Kata murabbi, berselawatlah, masalah itu akan hilang..

Jumaat dan kelebihannya mungkin tidak bertandang lagi nanti.. Tanamkan dalam hati, untuk jadikan hari JUMAAT kali ini yang terbaik. insyaAllahu ta'ala..

Andai ini tinta terakhir, semoga Allah ampunkan saya dan semua yang membacanya, memberi kebaikan untuk kebaikan kita di sana, tempat tujuan yang abadi.

Koleksi gambar-gambar 


Jangan pernah merasa lemah. 
Jangan pernah merasa jauh. 
Allah itu dekat pertolonganNYA.


Basahi lidah dengan Zikrullah.
Itu sumber KEKUATAN.
Itu sumber KETENANGAN.

















Wednesday, May 29, 2013

Kembalikan hati pada Allah


“Kamu jangan sandarkan harapan pada usaha kamu. Memanglah jiwa kamu tu menjadi sempit. Tapi sandarkan harapan kepada Allah Ta'ala, insyaAllah, Dia akn lapangkan dan tenangkan jiwa kamu tu..”

Kata-kata itu membuat aku bangkit semula, bangun setelah sekian kalinya jatuh. Lemah.
Seringkali, Allah menegur, memberi peringatan, namun barangkali aku tidak sedar. Masih dalam lamunan panjang.

Aku mencari JIWA yang ingin dekat dengan RABBNYA..
Merasa sedih tanpa alasan yang kita sendiri kabur mengenainya, kurang pasti kenapakah kesedihan yang bertandang dihati lalu sangat menyengat itu terjadi tanpa asbab yang kita kurang tahu atau pun tidak tahu. 
Atau pun merasa asing di tengah keramaian, ketika bersama keluarga dan rakan-rakan? Atau merasa bosan walhal hidup dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sedia ada?

Kadang-kadang semua itu terjadi kerana jauhnya jiwa kita dari ALLAH.
Sungguh.

Kita ini, kadang-kadang terlepas pandang dan menyandarkan jiwa kita pada kebendaan yang wujud di hadapan. Menyandarkan rasa kebahagiaan kita kepada manusia tanpa mengembalikan rasa bahagia itu kepada ALLAH untuk memautkan jiwa yang kerdil ini kepada-Nya. 
Sebab itu, jiwa sering kali merasa kosong, gelisah, sedih yang kita sendiri tidak tahu asbabnya. Padahal, sebenarnya tautan jiwa kita dengan Allah Ta’ala makin goyah kerana lalai dengan nikmat dunia.
Pada hakikatnya,ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa itu akan ada jika manusia itu berusaha untuk sentiasa memperbaiki hubungannya dengan Allah Ta’ala. 
InshaAllah jiwa menjadi tenang. Sebab, sumber ketenangan itu datangnya dari Dia.

Kita mungkin boleh menipu manusia dengan topeng ceria dan kegembiraan kita yang terpapar di wajah. Tapi kita sesekali tidak akan dapat menipu diri sendiri. Sebab, diri sendirilah yang merasa sakit dan nikmatnya keadaan yang Allah Ta’ala berikan.

Hati itu Allah Ta’ala yang ciptakan,
jika hati itu semakin jauh dari Dia,
apakah kamu akan menyangka ia akan tenang seadanya,
sedangkan sumber ketenangannya berada jauh darinya.

Bawalah diri menunduk kepada kebesaran Tuhan,
bawalah hati untuk diserahkan kepada Tuhan.

Semoga Allah merahmati..