Monday, April 28, 2014

Saya Muslimah.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Al-Amin, Muhammad Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Sudah berselawat hari ini?
Luangkan sedikit masa.  Demi  syafa’at yang di idam-idamkan. Sollu alan nabiy.
“ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA ‘ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD”

Alhamdulillah. Perbanyakkanlah selawat buat junjungan Nabi Saw, pasti akan dimuliakan untuk mendapat peluang melihat wajah baginda sallallahu ‘alaihi wasallam kelak. “Perbanyakkan” yang paling sedikit adalah 300 kali pagi dan 300 kali petang. Itu amanat habiibuna Ali al- Jufri Hafizahullah. Malu rasa. Kita nak dapat 10 pagi 10 petang pun payah. Tapi bila ditanya siapa KASIH pada Rasulullah? Siapa RINDU pada Rasulullah? Kita tanpa ada rasa malu, berkata “ya”. Memalukan. Sangat.

Entri kali ini saya kira rentetan beberapa peristiwa yang berlaku belakangan ini.
Tentang isu muslimah.

Saya bukanlah orang yang arif. Bahkan apa yang telah sekian lama saya perkatakan, yang bakal saya perkatakan mungkin tidak benar dan langsung tidak memberi manfaat. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Apa gunanya pengorbanan masa, wang dan kerahan idea sekiranya seorang pun manusia tidak mampu mendapat apa-apa kebaikan? Hatta seekor ulat kecil juga mampu memberikan sutera pada manusia, ini pula kita? Yang Allah angkat darjatnya setinggi-tingginya jika dibanding dengan makhluk lainnya. Allahurabbi.

Tadi sempat scroll down facebook. Hampir seminggu tidak online. Terlalu banyak news feed yang terlepas. Sepintas lalu, isu yang sama. Isu muslimah. Tentang muslimah dengan “masalah” niqabnya. Dan beberapa isu lain. Saya kira kesempatan ini perlu untuk saya berkongsi tentang isu ini. Isu ini mudah, mengapa perlu menyukarkannya?

Muslimah dan niqab.
Apa isunya?
Isunya , muslimah makin rancak mengupload gambar mereka mengenakan niqab atau bertudung labuh di laman social.
Ramai yang mengeluarkan status “menolak” perbuatan ini dengan bermacam ayat dan pernyataan. Ada yang panas, ada yang dingin. Saya faham bendanya apa.

=)
Kenal tak dengan Al Habib Ali Zaenal Abidin Al- hamid?
Beliau pernah berkata, “Carilah pintu kelemahan kamu dan tutupkan pintu itu, jangan bagi syaitan masuk menipu daya dan mengawal hawa nafsumu”
Na! Muslimah di luar sana, andai ada di antara kalian terbaca entri ini, fahamilah dan panjangkanlah pada sahabat-sahabatmu yang lain. Saya tak minta nama saya di caption sama. Tidak perlu. Cukup perkongsiannya dan apa-apa sahaja dari ruangan ini yang bermanfa’at. Tidak sekali saya mengejar nama dan penghargaan. Saya juga miliki hati. Hormati hati saya.

Muslimah khasnya para pembawa imej ISLAM, imej ajaran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, tolonglah. Hentikanlah mengupload gambarmu di media social. Bukan saya dengki. Saya juga ada kamera, ada facebook. Bendanya mudah, sambil duduk pun kita boleh snap 1 gambar kemudian upload. Benda mudah, tak perlukan tenaga yang banyak. Bahkan dengan kelonggaran ini, ramai sekali yang tertipu. Katanya demi DAKWAH. 

Adakah DAKWAH itu hanya dikira DAKWAH jika bersama gambar kita berpakaian menjaga aurat di laman social? Sepatah kata yang baik dan memberi manfa’at itu jauh terlebih baik untuk menjadi satu dakwah kepada semua.

Orang memandangmu sebagai pembawa imej ISLAM. Jangan rosakkannya. Bukanlah haram meletak gambar. Semua pun tahu. Tapi TIDAK ELOK kiranya mem’pamer’kan dirimu. Bukankah menutup kita asalnya menutup dari SEGALA ruangan FITNAH? Kalau sampai ada di laman social, apakah masih dikira tertutup? Perhalusi.

TAQWA itu ada pada hati. Hati orang yang bertaqwa sangat memperhalusi setiap perkara. Hatta satu gambar kecilnya yang di upload tanpa pengetahuannya sangat dia bimbangi, sangat dia tidak senang.

Ayuh, kembali perbetulkan. BENDA ini kita jarang ambil kisah.
“alah, bukan gambar menunjuk aurat, saya letak gambar tertutup”
“alah, satu sahaja, bukannya banyak pun, lagipula kecil”
“manalah tahu dengan gambar ini ramai yang akan terbuka hati menutup aurat seperti saya’

Manusia memang sifatnya beralasan.
Alhamdulillah, kamu terpilih dalam kalangan semua yang masih tidak menutup aurat. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Tapi jangan lupa, JANGAN sesekali lupa pada sejarah. Berapa ramai manusia yang Allah kurniakan hidayah pada hati mereka, sampai satu  masa, Allah tarik. Penarikan itu bukan hanya bila yang dulunya tertutup sekarang terbuka, tapi ada antaranya yang dulunya faqih,’alim  tapi akhirnya jadi pembawa fitnah pada agama ISLAM. Allahurabbi. Semoga dijauhkan.

Saya menasihat, bukan kerana benci. Tapi kerana kasih pada kalian. Yang tidak mampu untuk saya katakan depan- depan pada kalian, lalu saya “abadikan” pada satu entri. Yang mungkin hanya seorang sahaja membaca, mungkin tiada.

Bagaimana pula dengan muslimah lain? Yang mengupload gambar tidak menutup aurat mereka? Takkan niqabis saja yang terkena?
Jawabnya. SEMUA. Saya tidak kasih pada para niqabis saja. Saya kasih pada semua. Hentikan ya?

Ini akhir zaman, fitnah sedasyat-dasyatnya akan berlaku pada zaman penghabisan ini. Dan antara pengikut al- masih Dajjal adalah dari kalangan wanita. Jangan pandang remeh. Ini bukan isu main-main.

Saya juga sama seperti anda. Sedang memperbaiki. Sedang memperhalusi. insyaAllah semoga Allah memudahkan urusan ini. Maaf andai entri ini tidak saya susun dengan sebaiknya, tidak saya nyatakan dengan penggunaan bahasa sepatutnya. Maaf saya dahulukan. Sebelum menutup entri, sekali lagi. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad


Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment