Saturday, March 29, 2014

Aku ingin berniqab

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat semua?

Semoga diberi kesihatan yang baik dan bersemangat untuk beribadah dan berdakwah.

"Bila Allah sayang kita, Allah akan datangkan ramai orang2 soleh dalam hidup, tak kiralah dia menjadi sahabat atau datang sebagai penasihat"

Dia hadiahkan saya niqab. Cantik. Satu warna hitam, satu lagi 'blueblack'.. Alhamdulillah. Saya SUKA. Semoga Allah tambahkan rezekimu.

2 sahabat saya dah berniqab. Saya bila lagi? Tak keruan rasa hati. Meronta2 ingin memberitahu ibu yang saya nak berniqab. Tapi kekuatan tidak ada. Bimbang ibu kata "tidak", maka lukalah sekeping hati.

Ada orang, mudah jalannya Allah bagi. Family support, sahabat bagi semangat.
Ada orang sahabat ada, tapi family tidak supportive.
Ada orang family menasihat, tapi sahabat penguat tiada.
Ada orang semua ada, tapi kita yang tidak mahu.

Saya dimana?
Niat nak mengenakan kain sehelai di wajah lama dah terpasang. Dalam tempoh itu saya mencari jawapan, menggali kekuatan. Allah uji bermacam2. Benarlah. Jalan mujahadah Allah tak hampar permaidani indah, tapi 1 jalan yang SANGAT susah. "Halangan" keluarga, "persepsi" masyarakat. Boleh saja kalau saya nak pekakkan telinga butakan mata. Buat saja apa yang saya nak dan rasa betul. Tapi mengota tidak semudah mengata.

Bila berada di jalan dakwah, HATI mereka sangat penting.
Hati mereka dan mereka itu perlu dijaga dan dibawa kemana sahaja.

Adakala terdetik pada hati..
'apa mereka perlu melihat penampilanku dari menerima apa yang aku nak sampaikan?'

Tanya hati. Apa engkau Fatimah, menerima mereka dengan penampilan mereka dalam menjalan dakwahmu?

Pahit ditelan. Susah bukan mengakui kesilapan?

"Kalau kita ikhlas, orang tak kisah pun penampilan kita, yang mereka dahagakan adalah nasihat berguna"

Sentap.

Allah. Susah rupanya menyemai rasa ikhlas dalam berdakwah.

Tentang niqab, saya kira itu atas keperluan dan maslahah ummah. Buat masa sekarang, saya hold dulu. Nanti, insyaAllah. Saya nak. Sangat.


Posted via Blogaway

2 comments:

  1. sayang.. moga Allah redha dan permudahkan ya.. amiin.. T_T

    ReplyDelete
  2. Assalam sis , saya ada rasa mcm tu . nak berniqab nak bertudung labuh tapi saya takyakin dengan diri sendiri . dan saya takcukup sempurna dalam perihal agama . pelbagai nasihat saya perlukan . jika ada kelapangan , harap sis dapat membantu saya .

    ReplyDelete