Saturday, June 15, 2013

Ukhuwwah disuntik ujian

Lama membiarkan ruangan ini bersawang.

Tiada masa yang cukup untuk duduk memerah idea.

Hari-hari terakhir di kampus, perasaan menyimpan jutaan rasa.

Bersahaja meninggikan ego agar tidak tercalar emosi. Bimbang butiran jernih melimpah keluar.



Semalam sahabat datang. Bertemu mata. Katanya lama tidak bertemu.

Rindu.

Namun hasrat untuk duduk bersama seringkali dicantas kesibukan yang tidak tahu ke mana hala.

Banyak kisah yang terlepas.


Permasalahan UKHUWWAH yang kian TENAT.

Apa yang dilihat pada mata kasar pastinya tidak dapat menilai keadaan sebenar dibalik kisah nyata.

Banyak yang kami kongsikan. Meluah segala yang tersimpan sekian lama.


Bagaimana untuk bergerak kerja jika ukhuwwah punah?

Bukankah ukhuwwah itu 'catalyst' kepada DAKWAH?

Allah, apa yang kami faham,tidak kami amalkan.

Besar amanah kami.

Amanah sahabat-sahabat yang tidak tertunai.




Tidak akan teguh seutas rantai besi andai setiap butiran yang menyambung berkarat.

Tidak akan teguh sebuah rantaian perjuangan andai setiap dari kita bermasalah.

Saya tahu. Dan saya faham. Kerana saya juga sebahagian dari rantai yang berkarat itu.

Allahu Allah. Semoga Allah menjaga UKHUWWAH ini. 

Orang yang TAHU belum tentu FAHAM.

Dan orang yang FAHAM belum tentu BERAMAL. Barangkali kita orang yang mungkin TAHU tapi tidak FAHAM. Jauh sekali untuk BERAMAL.


Cebisan UKHUWWAH itu pasti akan sentiasa di suntik UJIAN.

Itu JANJI TUHAN pada kita.

Semoga Allah memperbaiki RANTAIAN KASIH yang tertaut ini.


Nasihati saya kerana saya perlukan nasihat seorang sahabat.





No comments:

Post a Comment