Tuesday, June 18, 2013

Hati yang rindu pada KEBAIKAN


Usai solat isya', seorang sahabat muslimin memulakan bicaranya.

Ali. Seorang yang terkenal dengan kepetahannya berbicara. Dikenali dengan ilmunya. Seorang naqib yang dikasihi adik-adik usrahnya.
Masbuk dan muafiq. 

Isu yang barangkali jarang kita perkatakan. Tekun mendengar penyampaiannya di balik tabir surau. Ilmu yang bermanfa'at. Alhamdulillah.

Getus sang hati,"Allah, banyak lagi yang aku tak tahu."




Malu pada semua yang ada.
Aku pandang semua jemaah.

Aku melihat bayangan tubuhku di balik pantulan cermin surau. Sehelai tudung labuh ungu yang tersarung di kepalaku. Apakah ia tidak menggambarkan apa-apa? Malu pada sehelai kain murah itu. Ilmuku sedikit cuma. Sangat sedikit. Yang sedikit itu masih tidak ku amalkan. Allah. Perihal masbuk Muafiq pun aku masih merangkak-rangkak. Apa lagi perihal lain. Allahurabbi.
Teringat pada sahabatku.. Banyak kali dia mengajakku menghabiskan cuti belajar di pondok. Dan setiap kali itulah aku menolak. Ada saja yang menjadi penghalangku. Niat di hati, tersangat ingin ke sana. 

Jaulah Haraki.

2 tahun lalu, aku mengikuti Jaulah Haraki. Kami ke Pondok Pasir Tumbuh.

Hatiku sangat tertarik untuk menjadi sebahagian dari mereka. Suka melihat adik-adik Muslimin berjubah berserban. Dan adik-adik Muslimat berjubah berpurdah. Sejuk hati dan mata pada siapapun yang memandang mereka.

Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya, biarpun kita tidak seperti mereka, biar ada sekelumit perasaan mengasihi bakal-bakal penghuni syurga itu. 

Didiklah sekeping hati agar sentiasa merindukan KEBAIKAN. Biarpun kita mungkin tidak melakukannya. 

Hari-hari kita pastinya terisi dengan dosa-dosa. 
Mohon pada Allah agar tunjukkan kita jalan kebenaran dan tsabat di jalan itu. Kena sentiasa minta dengan Allah untuk kekal dalam HIDAYAHNYA. 

Tersasar, itu pasti. 
Namun Allah Maha Pengampun. 
Jangan LEMAH andai tersasar. 
Cari Allah. Cari Allah. Cari Allah.



Masalah bertandang lagi. 
Jangan merasa penat mencari penyelesaiannya. 
Allah suruh kita SABAR. Allah suruh kita SOLAT. 
Dia akan bagi jalanNya. 



*Maafkan saya. Saya bukan sesiapa. Hanya insan kerdil, seringkali berbuat dosa. Yang berhasrat mencari REDHA TuhanNya.










No comments:

Post a Comment