Thursday, October 18, 2012

Sudah suratan. Ikhlaskan FATIMAH

Dalam kesesakan dibebani lambakan assignment dan research final year, jari jemari ini masih mencuri sedikit ruang waktu untuk menulis. Menulis sesuatu yang membuku di hati. Bukan bermakna kisah ini untuk tontonan umum, tapi hati ini adakalanya ia perlukan tempat meluahkan. Mungkin seorang sahabat. Mungkin sehelai kertas. Mungkin medan blog seperti ini. Hakikatnya, yang PENUH hanya dalam pengetahuan Allah ta'ala. Tiada yang lain melainkan DIA.


''saya pernah sukakan seorang lelaki. bukan kerana rupa, tapi imannya. tatkala melihat perempuan, pandangannya akan ditundukkan, walaupun dihadapannya terdapat seorang guru. tutur bicaranya, lembut. pakaiannya, selalu mengikut sunnah. saya perhatikan dari jauh. apabila seruan azan berkumandang, dialah salah seorang lelaki yang akan berada di surau/masjid... acap kali suaranya mengumandangkan azan.. acap kali dia di angkat menjadi imam.."


:'(
Suatu saat dulu, dalam perancangan Allah ta'ala, Allah menguji hati ini. Seorang insan baik akhlaknya. Lembut perwatakannya. Indah namanya. Hati ini pernah berbisik. "Allah,mungkinkah dia yang Kau takdirkan untukku..."



Tiga tahun. Menahan rasa hati. Bimbang terjadi perkara sia-sia. Kehidupan dilayar seperti kebiasaannya. Terkadang, cuba menjauh. Bimbang TERlekat,bimbang TERbuai. PASTI sukar dibuang kembali. Bimbang menyalahtafsirkan fitrah itu.


Allah. Suatu saat dulu, hati ini pernah berbisik. "Ya Allah, andai suatu saat dia bukan untukku, beri aku kekuatan. Agar aku tidak lemah dan jauh dariMu.."
Ku kuatkan hati. Ku pujuk hati ini. Ku sembuhkan luka hati ini.

Allah ta'ala berfirman, " Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
~ surah Ali-Imran ; 139

Rasa kerdil dihadapan TuhanKu. Hati ini dicarik ya Allah. Hati ini terluka Ya Allah.

Seorang muslimah itu, saat hatinya terluka, dikuatkan hatinya dengan ilmunya. Aku mencari-cari hikmah disebalik semua ini.

Saat ini, hati berbisik. "Ya Allah, ikhlaskan aku dengan ketentuanMu. Bila keinginanku tidak seperti yang Kau rencanakan buatku. Kuatkan aku bahawasanya setiap yang berhukum ke atasku adalah yang TERBAIK buatku. Aku mohon kekuatan. Kau tempatku bergantung harap. Tiada lain..."

16 Oktober 2012. Genap 22 tahun. Final year. Ba'da Isya'. Satu keputusan yang pastinya merubah keseluruhan hidupku di ambil. Berbekal ketenangan dan kekuatan dariNya. Aku mengambil keputusan untuk meneruskan.

18 Oktober 2012. 12.03 am. Surau. Terjawab penantian selama 3 tahun. 




Rupa-rupanya SITI FATIMAH BINTI MUHAMAD kuat orangnya. Tertahan butiran jernih dari membasahi ruang pipi. Namun hati? Bagaimana dengan hati itu? 

Saat ini. Dan selamanya. Aku cuma ADA ALLAH. Cuma ada ALLAH. Allah. Beri aku kekuatan. Beri dia kekuatan. Beri kami kekuatan. Benar 1 pepatah. "Mencintai tak semestinya memiliki"



Semoga bertambah kematangan hasil dari ujian ini.
Semoga Allah beri keampunan dari setiap yang berlaku.
Syukran ya Allah. Atas kekuatan bertahan sampai ke tahap ini.
AKU CINTA ALLAH :'((

No comments:

Post a Comment